Adikku Bakal Seorang Tentera

Wednesday 2 January 2013

assalamualaikum..

selamat pagi semua.. hehe.. ada 2,3 entry akan terpublish.. tak tahu nak cerita yang mana dulu.. hehe..

ok..cite pasal hantar adik ke PUSASDA dulu boleh? hehe.. nak cite pasal family day tu panjang.. mungkin akan terjadi 2 entry.. so saya mulakan dengan yang ni dulu tau.. :)

hari isnin-31 disember 2012, saya, adik lelaki, adik perempuan dan mak ayah bergerak ke rumah makcik di teluk kemang.. gerak lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai sana lebih kurang pukul 3 setengah camtu..

masa adik drive, kakak dorang ni tido. bantai makan ubat muntah tuk naik feri haritu.. hihihi.. sebab pagi tu bangun awal..malam sebelum tu tido lambat.. pastu takleh nak makan sangat sebelum gerak. mana tak pening + nak muntah kan..hehe.. *mabuk laut tak habis lagi kut..ahahaha*

sampai sana tak tahu nak buat apa.. first time turun PD.. agak kejakunan tengok tempat kat sana.. ahaaaks!.. pastu budak-budak ramai gerak ke dataran kut.. nak coundown malam tu.. saya takde nak coundown dah.. kul 10 lebih dah tido..penat + ubat tu effect kuat!.. *ngantuk*

01 jan. 2013-bangun pukul 07.00pagi.. set jam nak bangun subuh.. sedar-sedar dah kul 7.. gara-gara dengan bunyi bising kat dapur.. bangun pagi tu mak ke makcik eh tanya camni, 'mimie, ko nak pergi hantar akim ke?'.. then saya jawab 'mesti lah..akak kan suka pergi tempat tentera ni'.. ahaaks!.. *matiklah kalau en.tunang tahu ni..gatai tak hbis!*.. :p

pagi tu dalam kul 8 lebih ke kul 9 kut hantar adik ke tempat yang perlu di tuju. dari rumah makcik tu dalam 10minit. memang bahagia la kan.. jalan pun tak jammed. tapi pakcik yang drive..heheheh..

memula tu rasa cam sedih juga.. yela, selalu adik tu balik keje kul 5 atau 7 petang.. selepas ni takde dah.. :'(  lepas adik yang belajar kat adtec melaka balik sana, tinggalkan kami ni 4 orang.. mak tak hantar pun.. duk umah dgn makcik..

masa sampai sana tu, saya pula yang teruja lebih!.. *cover2*.. teruja sebab lepas ni adik pun bakal pakai baju hijau!.. smart tu.. tak smart dimata orang lain, tapi smart pada pandangan keluarga kami. bakal mewarisi tugas abh kami 1 ketika dulu..

ramai juga la yang masuk sana.. pakcik cakap dia perlukan 3ribu orang...syukur adik antara yang terpilih.. masa sampai sana tu tengok macam-macam orang.. ada yang dah potong rambut siap-siap.. yang tak tahan tu rambut k-pop pun ado.. yang berstoking pendek macam budak sekolah pun ada.. senang kata macam-macam ragam la..

adoiyai.. cakap kat adik ppuan, mesti nangis dorang yang rambut k-pop ni kan..hihihihi.. pasni botak la..ramai juga yang anak mak.. amboi.. mak hantar tu sampai mak ayah kerumun tempat budak-budak berkumpul.. ingatkan takde yang dah datang..sekali tengok dah ramai yang dah datang.. pastu dorang duduk.. then ibubapa kerumun kat anak-anak.. memang tak perasan.

pada sy la kan, ibubapa mesti la excited anak dapat bertugas nanti sebagai seorang tentera.. kut ye pun, tak yah la hantar sampai macam tu sekali kut.. tengok airmuka dah sebaya saya ni pun ada.. anak mkcik tu lelaki.. mesti dorang boleh berdikari..

adik saya pun tadi, lepas dah tahu dorang kena berkumpul, terus kami balik.. lagipun dia lelaki kan.. insyaAllah pandai dia bawak diri nanti.. tapi sedih juga la.. baru terpisah kejap, dah terasa.. sob3.. :'(

rasa tak percaya pun ada adik dapat masuk sana.. moga dia bertahan dari segi fizikal dan mental selama 6bulan untuk jalani latihan disana. kebetulan pakcik saya dulu tentera. so dia pun banyak juga la bagi jalan untuk masuk bahagian mana nanti..

mudah-mudahan adik akan bertahan sehingga dia passing out.. tak sabar nak tunggu saat tu pula.. moga adik dapat buat yang terbaik semasa disana..insyaAllah..

ni la adik saya..tak la sehendsome aaron aziz tu.. hehe.. 

eh..jap jap..

kakak dia yang terlebih excited sebab dapat masuk kawasan tentera!..
*habislah kalau en.tunang tahu..ahaaaks!.. *

masa dah sampai kat tempat perking kereta, tengok pakcik relax je..so, saya keluarkan kamera.. saya kan pantang kalau pergi tempat tentera, so saja nak abadikan kenangan kt sana..

sekali dah snap-snap gambar, boleh pakcik tanya camni..
'dah cukup ke ambik gambar?jom balik'..

hahaha..rasa nak gelak guling-guling pun ada.. rupanya pakcik bagi peluang kami 2 beradik ambik gambar.. sempoi betul pkcik kami ni.. yang abah pula cakap camni, 'ambik la gambar kat situ..nampak tulisan kat pintu gerbang tu 'Bandar Tentera Darat'..

hahaha..so, funny.. rupanya dorang paham kami nak bergambar dulu sebelum balik.. nasib la buat macam takde perasaan, dapat juga bergambar.. :p


sempat juga ambik gambar berlatarbelakangkan sekolah kebangsaan si rusa ni.. :)


sekian sahaja untuk perkongsian cerita tentang pelaporan adik saya di Pusasda.. :p

sat-sat lagi saya cerita pula tentang family day kat pangkor tu ye.. ;)

6 comments

  1. semoga adik berjaya menjadi seorg tentera yang dpt berkhidmat utk negara..! ^^

    ReplyDelete
  2. si baju hijau .... amboi suka ada makna kan ... ^^

    ReplyDelete
  3. yana aina :
    -cukup la en.tunang sorang.. :P

    ReplyDelete
  4. Coolnye.. Nak tumpang jgk.. Heheh

    ReplyDelete
  5. angel love soldier :
    -hik3.. boley aje.. ;)

    ReplyDelete