Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia

Thursday 7 February 2013


KUALA LUMPUR:  Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini. 

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun. 

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam. 


Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. 

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. 

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok. 

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. 
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. 

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24. 

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari. 

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. 

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya. 

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA 



* pagi-pagi kalau ada segmen tertentu yang berkaitan dengan teknologi, selalu tengok kat MHI tu.. mesti layan sebab menarik cara penyampai beliau.. tak sangka beliau dah pergi buat selamanya.. salam takziah.. al-fatihah..



sumber : Berita Harian

10 comments

  1. salam takziah dan al-fatihah buat keluarga arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan soleh...

    ReplyDelete
  2. hilang sudah pakar pakar it malaysia... harap ade yang mewarisinya...

    ReplyDelete
  3. takziah kpd keluarganya ... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam klgn orang2 yg beriman ...

    ReplyDelete
  4. sya baru mengenali beliau,even sya ni dip ambik IT,baru pertama kali sya dengar nama dia kak..takziah pada keluarga beliau..Al-fatihah..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah..semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. takziah buat keluarga.

    ReplyDelete
  6. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun.. smoga ruhnya ditempatkan bsama org beriman.

    ReplyDelete