pagi ni tak tahu nak bebel apa.. tengok dalam folder macam ada je bahan nak cerita.. takpelah..harini saya just kongsi resepi tomyam ye.. saya tahu semua orang memang terror memasak. apatah lagi masak tomyam kan..
macam mana pun saya saja nak share juga, mana la tahu ada adik-adik yang baru nak belajar masak tersesat kat blog ni kan.. sekurang-kurangnya dapat membantu.. ^_*
bahan-bahannya :
- ayam
- sotong
- udang
- cendawan
- kacang peas
- tomato
- kubis bunga
- serai
- pes tomyam
- anak jagung
- carrot
- sedikit garam
- air untuk rebusan
- bawang merah
- bawang putih
- cili api
- asam keping
cara-caranya :
- bawang merah & bawang putih ditumbuk (tak perlu terlalu lumat)
- serai diketuk sedikit
- cili api ditumbuk bagi pecah sedikit
- didihkan air bersama ayam, bawang yang telah ditumbuk
- masukkan cili api & serai yang telah diketuk
- masukkan juga pes tomyam, asam keping & garam secukupnya
dalam masa yang sama, rebuskan udang & sotong menggunakan periuk yang lain. rebus dalam masa seminit , dua sudah memadai dan kemudian ditoskan.
- setelah bahan-bahan yang tadi telah mendidih, masukkan pula carrot, anak jagung, kubis bunga, kacang peas, cendawan
- setelah sayur-sayur tadi lembut sedikit, akhir sekali masukkan tomato, udang & sotong yang telah direbus tadi.
dah siap..senang je kan.. ;)
*sotong & udang seelokknya direbus asing untuk mengelakkan air rebusan nanti bercampur rasa.
*bahan-bahan tu terpulang la nak letak apa..tapi selalunya saya letak bahan-bahan tu la..sebab senang & suka makan macam tu.. ;)
mai jemput makan.. ;) terliur pula tengok tomyam ni..hehehe
sedappnyaaa.. nk try laaa.. ehhe
ReplyDeletebr smlm mkn bihum tom yam...
ReplyDeletelissa lalissa :
ReplyDelete-lissa pandai masak..msti lagi sedapkan.. ^_*
puanzaniff :
-bihum tomyam? kita jrang mkan camtu..selalu mkan ngan nasi je..hehehe
minggu ni belom mkn tomyam lg...aritu ade promo beli paste dia...setahun pakai tak hbs...so,setiap minggu kena msk tomyam jugak :P
ReplyDeletetiba2 kakak rasa lapar pulak...
ReplyDeleteni mesti sedappp ni kan..
ReplyDeletemeh nak rasa sikit..
hehe
sally samsaiman :
ReplyDelete-erk, tiap2 minggu nak masak tomyam? x jemu ke..hehhee
farah waheda :
-aloh3.. sian akk ye..hehe
nory zoulkefle :
-meh la rasa.. ;)
selalu akak buat tomyam putih ni guna limau nipis, x guna pes pun. hehehe. pastu tambah lagi daun limau purut. fuhhh..sedap!
ReplyDeletePes tom yam tubkn merah ke mimie?ni ada wane putih ke?ok..jakun jap..haha
ReplyDelete