7 Aksesori WAJIB Lelaki Pemikat Wanita !

Monday 23 September 2013

 1. Jam Tangan
- Bagi kebanyakan lelaki, jam tangan yang tersarung kemas di pergelangan tangan adalah sesuatu yang sangat penting. Selain berperanan melihat masa, seutas jam tangan mampu menjadi kayu ukur ketebalan poket lelaki itu.

Ada sesetengah lelaki yang mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, makin bergaya dan makin mudah untuk si gadis jatuh cinta.

2. Cincin
- Pemakaian cincin sudah menjadi trend dalam kalangan lelaki. Bagi yang bekerjaya juga tidak berkecuali. Bagaimanapun ingatan buat lelaki islam, walaupun pemakaian cincin adalah salah 1 sunnah Rasulullah s.a.w, namun pemakaiannya hanya pada jari manis dan kelingking serta bukan daripada saduran EMAS.

3.Kaca Mata Gelap
- Kaca mata gelap membuatkan lelaki tampil lebih ‘cool’ dan sangat bergaya apabila berada di bawah terik matahari. Bukan sahaja berfungis sebagai pelindung mata, kaca mata gelap juga antara aksesori lelaki yang menampilkan karisma seseorang.

Sekiranya mahu memiliki kaca mata gelap, pastikan anda membeli yang sepadan dengan bentuk wajah anda sama ada bulat, bujur, bersegi & sebagainya.

4. Kafling
- Pemakaian aksesori ini tidak meluas dan selalunya lelaki yang mengenakannya adalah yang berstatus eksekutif. Kafling melambangkan seseorang yang Berjaya dalam kerjayanya. Ia biasanya digayakan bersama kemeja jenis French Cuff.

5. Topi
- Seperti juga kaca mata gelap, topi bukan sekadar pelengkap gaya tetapi berguna untuk melindungi wajah daripada cuaca panas. Jika dilihat, fesyen hari ini menampilkan pelbagai jenis topi yang sesuai digayakan oleh golongan lelaki.

6. Tali Pinggang
- Pemakaian tali pinggang antara pelengkap gaya yang sememangnya sudah sebati dengan lelaki. Penggunaan tali pinggang bukan sekadar hanya untuk mengetatkan seluar yang longgar tetapi turut bertindak sebagai item fesyen.


7. Tali Leher

- Aksesori jenis ini adalah pelengkap gaya lelaki untuk ke pejabat. Biasanya tali leher digayakan dengan kemeja sama ada dalam rona warna sedondon atau berbeza.

gambar : google


sumber info : mingguan wanita

45 comments

  1. Lelaki skrg mmg pentingkan keterampilan mimie..kdg tue produk penjagaan depa mengalahkan kita yg pompuan nie..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xpe kak.. sy ckup la tengok en.tunang tu macam mna..haha
      kita ni yng biasa2 je rasanya..

      Delete
  2. hihihi... bagus lah, tapi kalau terlebih sampai kalah kita, pening gak tu..

    ReplyDelete
  3. Tali pinggang je pakai..acaner tuh..ahaha

    ReplyDelete
  4. betol betol ,sokong ! ahha.. memang cair ar ohok3

    ReplyDelete
  5. betol tu dik...semua perlu ada...hihi...
    walaupun mahal sempat juga berbeli :)

    ReplyDelete
  6. hehehe x pakai semua tu pon kalau dah ada rupa, mesti wanita terpikat jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. betul.. cuma ni perkara tambahan je.. :)

      Delete
  7. Betul lah tu ... Yang penting beriman ...

    ReplyDelete
  8. suka tgk lelaki yg berketerampilan seperti diatas tu.. semua tu menunjukkn imej seseorang lelaki & taste dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak.. betul. dan 1 lagi, kekemasan buat dorang juga kan..

      Delete
  9. HAHAHA! Saya tergelak baca post ni sebab pakwe saya langsung tak bawak ketujuh-tujuh barang kat atas. Ayah ada la. Adik lelaki pun ada. Terserlah keselekehan di situ.

    Apapun, kfaling tu apa? (._.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya dorang akn nmpk selekeh.. cuma mungkin nmpk macam kurang smart skit je kut..hihi
      entah la.. akk pun tak pasti... hekhekhek...

      Delete
  10. 2 4 7 ... mmg tak lh hubby yana nk lyn... kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sama la ngan en.tunang kita pun agknya..

      Delete
  11. akak suka tengok lelaki pakai topi.. singgah isi 3 tabung adik.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. saya ni ntah la.. jnji nmpak smart, ok la kut..haha
      mekasih kak..nti sy blas ye.. :)

      Delete
  12. bagai shaila jam tangan dan kaca mata...ampak smart sahja..^^

    ReplyDelete
  13. thanks share...sy baru nak carik info pasal ni nak belikan untuk mr.secret hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.. ohh, ye ke.. semoga dapat membantu ya.. :)

      Delete
  14. kacamata mmg cool

    tambah lagi kalau muka ala-ala hugh jackman / ryan higa pakai avitor atau wayfarer

    mmg aummmm haha

    ReplyDelete
  15. mr z..ni klu cincin mng dia tak suka..dulu pernah beli untuk dia..pastu "kegemukan' terus tak mau pakai smpai skrg hehehe..sabo je lah..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cincin kita tak suka sngt kalau en.tunang nak pkai. apa2 perhiasan yang sma ngn ppuan la snang cite.. kalau jam xpe..hehe

      Delete
  16. wow..tak semua cam ni mimie. saya lebih suka simple2 je. Tapi if tshirt berkolar ok la. If round neck kena pakai sweater. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela, simple yang penting kan.. sy pun tak suka orang yang terlalu formal sngt.. jnji sedap mata memandang..hehe

      Delete
    2. Betul 2. Formal if time kerja ok la. If kuar tak boleh la. Rase rimas. =)

      Delete
  17. ha3..antara 7 tu..1,2, n 3 je pkai =) yg lain x..tli pggang pakai pn time majlis formal..

    ReplyDelete
  18. hehehe..ada juga yang lelaki tak pakai topi. tapi banyak yang betul la..

    ReplyDelete
  19. Aah, tapi asalkan sedap mata memandang pun dah cukup.

    ReplyDelete
  20. Spek nang kamek setuju gilak. Hensem ditangga kamek. Melting kamek setiap kali nangga owg laki makey spek. Kecuali kawan kameklah. Mun kamek mewk makey sik da mewk melting. Hahaha.

    ReplyDelete
  21. Alamak, tersasul bahasa sawak pulak kat sini. Hope sis faham. Hahah.

    ReplyDelete
  22. Lelaki maskulin dan metroseksual mmg pentingkan penampilan...

    ReplyDelete
  23. husben saya no 4 & 7 tu tak pakai sbb dia keje beruniform. kadang2 pakai overall maritim. saya pun selamat poket tak payah nak belikan dia kaftling dgn tali leher. kalo tak jenuh tetiap bulan nk kene hadiahkan. huhu..=)

    ReplyDelete
  24. semua yg tersenarai xde pada suami sy... suami sy sgt simple wlaupun dia tentera tapi diluar wktu keje... tak nmpk dia seorg tntra... tapi ada lah yg memikat sy... hehe...

    ReplyDelete