Review : Outdoor Photoshoot

Friday 6 December 2013

Assalamualaikum, selamat petang..

ni review yang last. xde nak review-review dah pasal hal kawin.. penat. ehehehe
lagipun dah settle kut.. ehhh, tapi macam ada je lagi.. hukhuk! tak pe, yang tu kemudian-kemudian cerita la ye..

bukan nak review sangat pun. nak tempek gambar outdoor masa kat melaka je..

tempat : Pantai Puteri
tarikh    : 09 november 2013


ni baru nak testing-testing. time ni rasa nak patah pinggang pun ada!.. dah la duduk dalam keadaan tak stabil. menyenget. serius, memang pinggang sakit. nak turun je rasa. dah la dengan nak kena tahan senyum.. adehh..

serius, saya tak berminat betul kalau buat outdoor kat pantai. tahu tak time ni kul bape? 3lebih ke pukul 4 camtu. matahari betul-betul tengah panas. azab tau!..


suka gambar ni.. adik yang ambikkan.. gambar yang saya share ni dari kamera sendiri tau..

dari OP gambar tak cantik laaa.. :(
sebab dah tengok yang dia cuci kat album tu.. dah la tak edit... erm...


disebabkan buat outdoor di pantai, maka macam terbatas je nak bergambar.. :(
OP yang beriya nak buat kat sana. saya pun mati akal nak bergambar camne..

bab yang ni dorang suruh lari. macam kerja giler je saya rasa. haha.. dah la baju kain meleret, disuruhnya lari. memula saya taknak, dah kena bising buat juga la.. malu weiii sebenarnya. sebab kat hujung kira arah ke depan saya lari tu, ramai orang camping!..



sekali dengar sorakkan sambil tepuk tangan kau.. saya dah tak pandang dah... maluuuuuuuu.. terus stop lari..

ce tengok aksi kat gambar tu.. ada pula orang main tarik2 tangan.. ahaaaaiissshh.. apa-apa je la kan.. comot gambar i tau..  :P


kawan en.suami yang baling bunga tangan ni kut. pastu suh sambut. last2 en.suami yang dapat..


terasa suweeeet la pulok.. :P

ikan dugong terdampar tepi pantai..! ntah apa-apa je la kan dorang ni suh buat. mengarut kut. tengah panas disuruh baring gini.. erm.. sabar je la..


dorang suh masuk dalam air.. serius, semua gambar dalam air tak menarik langsung! ntah hape-hape je.. serabut saya tengok.

disebabkan gambar masa kat dalam air tu tak menarik, maka tak perlu la tempek. buang masa je..
hat ni je la gambar yang ada.. lepas tu kitorng terus gerak balik..

adik saya tanya juga, kenapa bergambar kat pantai, tak pergi taman.. erm.. mana nak tahu kan.. orang kalau bergambar kat pantai kat-kat senja la cantik kan.. ni tengahari mengerlip kut g tayang muka.. sabar je la..

ada 1 kejadian masa lepas outdoor ni. masa nak gerak balik, kain saya kan basah. geli okeh!.. tapi xkan nak duk tunggu kat situ je kan. masa nak masuk kete tu, azabnya. tetiba kaki terasa gatal. ingat gatal biasa je, sebab dari pantai basah basah kena pijak pasir tanpa berkasut.

ok la.. dok tergaru-garu juga ni. sekali dalam kereta, tetiba tang ketiak gatal. 2-2 belah. masih tak perasan. ingat peluh je. pastu en.suami ajak kawan dia sekali pergi minum. OP tu kawan dia. masa tu saya dah gatal kuat kat ketiak. dengan gatal kat kaki lagi. still cover-cover dok garu sebab depan orang kan..

sekali dalam kereta on the way nak balik, merenyam 1 badan!.. Ya Allah.. azab apa la time tu. masa tu baju saya still kat homestay. minta en.suami hntar kat homestay sebab dah tak tahan sangat gatalnya. dah la pula petang tu dorang kata kena tukar bilik. adeh.. dengan barang tak kemas nya.

last-last humban je barang barang dalam beg, pindah bilik terus masuk bilik air. time tu Ya Allah.. muka terasa panas. gatal!.. 1 badan saya gatal-gatal naik bintat-bintat tu.. memang ngeri rasanya. dok mandi 1jam jgk kut. dah la nak buka baju pengantin tu banyak step. rasa nak mandi je ngan baju-baju tu sekali.

kena gatal-gatal tu sampai ke kepala tau.. memang tergaru sana sini. menggaru sampai rasa panas je badan. tak tahu nama datang punca gatal tu. dari air pantai ke dari baju tu sendiri!.. mana tahu kan baju tu tak cuci ke, tak cuci bersih ke.. Ya Allah.. nasib la dah selesai tau.. kalau tak, ngeri rasanya nak pakai baju tu.. nyesal outdoor kat pantai.. :'(

dah la baju besar tang lengan. macam zoragon dah saya tengok. haha.. syukur masa majlis kat perak ok. even baju baru, tak rasa pun gatal-gatal kecuali panas. tahu je la songket kan.. kalau diulang balik, nak je buat outdoor kat taman.. serius.. :(

tapi bila ingat balik pasal kena gatal-gatal tu, terasa macam ngeri nak ingat kenangan lepas outdoor tu.. lepas mandi, minta pengapit saya sapukan balm kat badan. serius gatal sangat-sangat. sampai ke tapak tangan. sampai mak terkejut tengok muka saya merah merah.

betul-betul ambik masa nak hilang. nasib la malam tu masa en.suami ambik nak bawak ke umah mak dia, gatal-gatal tu beransur hilang.. kalau tak.. huaaaaaaa.. tak dok diam la dibuatnya..


12 comments

  1. seronok tgk gambar mimie...ceria

    ReplyDelete
  2. alalalala.. kelakar lea baca entri mimi yang ni.. hihihi.. nak tergelak membacanya.. walauapapun.. nak cakap sekali lagi.. mimi cantikkk sangat dengan baju hijau ni.. rasa menyesal lak kawen ritu tak pilih kaler hijau ni.. hik3..

    gambo ikan dugong tu sangat cantikk.. seriuss.. teman sukaaa sangat2.. muka mimi nampak ceria time kawen ni..

    ReplyDelete
  3. lahaiiii...nape photoshoot outdoor tepi pantai..x sesuey sgt kot sebab cuaca panas terik..klu redup sket, ok...klu bayar mahal, memg x berbaloi laa mimie...tp akak suka gambar yg mimie dok lari tu...suwit sgt..hehehe..

    ReplyDelete
  4. hehehe..kelakar je baca entri akak. Cantiklah. hehe..walaupun berpanas. Patutlah kak mimie malu sebab ada banyak khemah orang camping dekat situ ye. Yang penting sweet..comel sangat. ^___^

    ReplyDelete
  5. nana suka sangat baju yang ni,cantik gabungan dia,hijau hitam:)

    makeup pun cantik:)

    ReplyDelete
  6. suka baju mimi yg ni gak..naik seri pengantin..nasib baik gatal2 cpt hilang kan :)

    ReplyDelete
  7. la kesiannya mimie...kenapa xargue je dgn OP tu?? kalau didiey,didiey bising blk kat dia.kita pengantin, kita la punya hak nk bergambar kat mana..eee..geram plak diorg buat cmtu kt mimie

    ReplyDelete
  8. Lahai tgh hari kot. Kalau ptg msti cun tp yg pon cun juga
    nsb baik gatalnya tak lama kan lau tak habis lah. Blh bygkan dgn keadaan kain basah berln x pakai kasut. Mmg rimas

    rasanya ciksu dh pnh sampai la pantai ni.

    ReplyDelete
  9. bab gambar tak edit tu kita sama huhuh....dah lah gambar lambat nk dapat dari op sekali bila dapat ya Allah, tak edit langsung, mmg tak elok lah, bengang gila, sapa2 yang tanya dekat sy no hp op dgn weding planner tu mmg sy tka bagi lah, takut kang kena mcm sy...geram gila rasa...

    ReplyDelete
  10. suka gambar header tu cantik sangat....

    ReplyDelete
  11. comel je..sweet la akak..hehe..dah la baju lawoo ^_^

    ReplyDelete