Honeymoon Times !! [Part 1]

Thursday 2 January 2014

Assalamualaikum, selamat pagi..

ni cerita tahun lepas. cerita bape hari yang lepas. hehehe.. penghujung tahun 2013 en.suami ambik cuti. katanya habiskan cuti tahun tu. lebih kurang 6days juga la. so apa lagi. plan kami adalah honeymoon.. :P

honeymoon dalam negara sendiri je dulu. niat hati nak ke Amsterdams, Belanda. haha :P
ada hati okeh nak ke sana. orang lain nak honeymoon ke Paris, but me kalau diberi peluang nak ke sana. taste orang tak sama kan?

en.suami cakap nak ke cameron. adik saya pula psiko saya then he say, 'tak takut tanah runtuh ke?'.. terus hati berbelah bagi. maunya tak takut. saya pantang di psiko camtu. mula la hati beralih arah. *tapi hati belum beralih arah pada cinta nan 1 tu ye* haha

bila adik asik ulang cakap benda sama, terus tukar plan. ingat nak ke Penang. why i choose the place, because i think tempat tu tak jauh dari negeri perak. haha.. takut sesat la ni kunonnya. nak pakai GPS tak bape pandai. kuikuikui.. sekali lagi di psiko dengan adik.. he say 'sana jalan jem teruk..kalau sesat susah nak patah balik'.. 

aduhai... memang pening dibuatnya. saya ni bila orang dah cakap camtu, mula la konfius nak pilih mana. last-last my mum say, pergi je Cameron kalau memang dah niat nak ke sana.. alhamdulillah.. my mum bagi cadangan camtu.. so, i get green light from my mum.. hihihi

so, hari khamis 26 Disember 2013 bergerak la kami ke sana. sambil tu contact juga dengan blogger puan eja.. ala mummy baru tu.. saja nak tahu keadaan kat sana. bila dia kata kat sana ok, terus la on.. pagi tu gerak dalam pukul 9 lebih juga la.. tak ingat kul bape.. sampai sana pukul 12 tengahari. actually boleh sampai awal dari tu. tapi kami saja gerak slow. then target first nak cari hotel dulu.

actually sampai 11 lebih. tapi gerak slow, so sampai tanah rata lebih kurang dalam kul 12. terus booking hotel. hotel bajet aje ye. niat tuk tido je. bukan nak landing dalam bilik 24hours. hihihi.. story about hotel tu, nanti saya letak dalam 1 entry berlainan ye..


i choose Sunbirds Hotel at tanah rata.. bilik pun selesa. harga semalam pun bwah Rm100.. nanti saya bagi details kemudian ya..

after booking, masuk bilik jap. saja nak tengok suasana bilik. tak lama lepas tu terus keluar balik. tuju ke ladang teh. even tempat ni dah pernah pergi, tetap juga nak pergi lagi. why? kat mana pun nak di tuju kat CH tu kalau bukan ladang teh kan?? hehehe


pose ala datin.. haha.. macam tak pernah turun Cameron aje ye dok??

captured by my husband..

captured by my husband..

macam edit je.. macam edit je.. haha.. thanks en.suami ambikkan gambar kita..^_*

mana gambar with my husband?? disebabkan kami ber-2 jadi susah sikit la nak gambar ber-2.. hihihi..

kitorang jalan jalan kat ladang teh ni tak lama pun.. dalam kul 1 lebih gerak balik hotel balik. sebab macam xde tempat nak tuju. lagipun xperlu nak rushing rushing sana masa jalan jalan kat sana.

kul 4 lebih kitorng keluar balik. masa tu pasar malam brincang baru buka. so singgah la kejap. saja jalan jalan nak tengok apa yang menarik. tapi bagi saya biasa je. nak kata pelik sangat makanan yang dijual xde la pun. cuma tambahan kat sana yang saya nampak, brokoli celup tepung, cendawan celup tepung, pastu apa ntah sayur tu celup tepung. bebola ubi keledek manis. stowberi celup coklat. kalau orang jual baju, jual sayur tu bagi saya normal je..

lepas puas jalan jalan kat pasar malam brincang tu bergerak la kitorng ke Lavender Garden. Ya Allah.. geram giler dibuatnya bila tengok bunga bunga ni. rasa macam tak nak balik pun ada.. standard la orang ppuan kan. kalau ngan bunga mana boleh dipisahkan. 


Lavender Garden.. teruja tengok bunga bunga cantik..

Amsterdams Malaysia.. hehehe


baru perasan.. tudung ngan bunga sama kaler.. haha.. :P


haaa, ada gambar berdua.. ;)


actually kat situ ada ruang tuk photografer dia tau. pastu dia ambik kan gambar guna camera dia.. so kami pun pass la camera kami juga.. on the way nak turun, nak keluar, sekali pelik napa ramai sangat orang kat 1 kaunter tu.. sekali tengok dorang ada jual gambar yang photografer sana ambikkan guna camera dorang tu.
kena bayar la kan. kalau nak beli RM35. Oohh mak.. xmau la buang duit camtu je.. kami x beli pun gambar tu.. 

ok la.. disebabkan gambar pun banyak.. maka saya share gambar je la ye.. tak tahu nak tempek apa. gambar sekitar lavender garden tu.. jemput tengok.. jangan muak ye.. hihi






Berkabus.. sejuk je kat situ.. hehehe



kami.. minta tolong kat sorang adik ppuan ni ambikkan gambar kitorang.. hehehe.. janji ada gambar ber-2..

 berkabus.. tu yang nak sangat tu.. cantikkan permandangan tu.. =)
dapat juga tengok permandangan cantik macam tu.. subhanaAllah.. 

ok last before bergerak balik.. 

petang tu xde singgah ke mana dah. tempat ni pukul 7 dah tutup. time ni kalau tak silap jam 6.45 petang.. terus gerak balik ke bilik..

ok laa.. macam panjang je entry ni.. nanti saya sambung lagi part 2 ye.. =)
saya kalau share story, confirm banyak part part nya.. hehe..

thank's korang sudi singgah & luangkan masa tuk baca..



20 comments

  1. Cantik tempat ni. Belum kahwin lagi tak dapat nak pergi honeymoon. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  2. weeeee.. serius cantik. especially bunga-bunga yang tengah kembang dan mekar itu

    ReplyDelete
  3. tetiba tingin nak g hanimun lagi...bahahaha...next time sila bwk tripod, senang nak bgambaq dgn shuben...cam akak wat....kekekeke.

    ReplyDelete
  4. Waaa...bestnya dpt g honeymoon kat CH...mcm cik nat ni,belum tau lgi nak honeymoon kt mana n bila....best x tmpt tu??

    ReplyDelete
  5. happy honeymoon .. hehehh best kan dpt jln kat tmpt sejuk2. nk keluar negara tak ckup bajet. kita jenjalan ler dulu dlm negara ^^

    ReplyDelete
  6. cantiknya.. kte tak pernah pergi cameron. Kesian betol :p

    ReplyDelete
  7. waahhh..nak bunga tuu.....:(

    ReplyDelete
  8. Akak mmg suka Cameron , TP suami ckp dh g Johor n pangkor itu je budget percutian kali ni , isk isk , tmpt honeymoon akak tu

    ReplyDelete
  9. so sweet...akak tak pernah jejak lagi Cameron Highlands lagi.....

    ReplyDelete
  10. ciksu hari tu cdngnya nk p bln 12. pastu cancel sbb byk knduri kendara. postpone ke tahun ni la gamaknya.

    bestnya.. ciksu pon dh x sabar nk p ch ni
    cepat update. hotel bajet tu ye..

    setakat ni ciksu dok survey hotel jasmine dgn hua gin ke apa ntah nama dia..

    ReplyDelete
  11. bila saya dpt jejak tpt tuh ...

    ReplyDelete
  12. Bestnya, teringin nak pergi kat sana law dah kahwin nanti.

    ReplyDelete
  13. ehh cantik cantik .. suka .. :

    ReplyDelete
  14. Lavender garden mmg cantik sangat2..=D

    ReplyDelete
  15. belum ada rezeki nk honeymoon ke CH ni... tggu duit tabung tak penuh2... hehe

    ReplyDelete
  16. aritu ada singgah sini tapi tempat dah tutup. saya tak teruja sangat sebab tak minat bunga selain bunga sakura je hihihihi

    ReplyDelete
  17. tak jumpa pon lavender garden ni muehehehe.. tapi kita suka pegi ladang teh boh. best. sejukkk

    ReplyDelete
  18. Hohoiii lavender gardennn..akak suke sgt

    ReplyDelete
  19. Yg pntg dptbjln bdua dh ckup..haha

    ReplyDelete