28 Week = 7 Bulan

Tuesday 24 June 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Harini baby genap 28week. So dah 7bulan dah. Tapi bila tengok depan-depan, tak nampak pun macam 7bulan. Tak tahu la terlindung sebab kita pakai baju longgar ke apa. Last week saya pergi checkup. Masa tu 27week. Saya kalau pergi checkup memang akan pakai baju kurung. Sebab rasa selesa macam tu.

Lagipun tang pinggang kain tu mak saya dah adjust kasi besar. Pastu balik dari checkup, en.suami cakap nak ke farmasi. Saja nak tengok-tengok katanya. Senang nanti kalau nak cari apa-apa ubat ke, kat mana nak tuju.

Ntah macam mana, cashier sorang ni tegur saya. ‘pregnant ke’? saya terpinga jap. Pastu jawab ‘haaah’ je la. Pastu dia tanya berapa bulan. So saya cakap la nak masuk 7bulan sambil senyum. Then dia cakap, keciknya perut. OohhMG.. berapa ramai la yang tegur kata perut kecik.

Mana-mana saya pergi pun orang dok tegur napa perut kecik. Sedihnya rasa. Kita pula yang risau orang tegur baby mesti kecik kan. T__T
Apa yang saya harapkan, even baby kecik, biarlah dia sentiasa sihat. Tak semestinya kena perut besar-besar kan, if kita time pregnant ada masalah kesihatan, betul tak?

Kalau pakai baju kurung, memang nampak macam kecik. Tapi tetap nampak perut dah ke depan. Tak kan saya nak kuar pakai ketat melekat semata-mata nak tayang perut kan.. Buat dosa je.. If saya pakai dress ke, memang nampak perut tu. Persoalannya, perlu ke kita ni time pregnant kasi perut besar-besar? Bagi saya baby sihat kat dalam tu lagi penting.

Maybe perut saya tak berapa nampak sebab saya kan perlu turun naik umah tingkat 4. Mungkin Allah nak permudahkan saya untuk turun naik agaknya. Jadi badan saya pun xde la besar. Takdelah nanti tak larat nak bawak badan, ye dok? Sekarang ni pun bila nak naik atas, sampai tingkat 2 pun dah semput.

Then minta maaf sangat kalau saya tak dapat nak attach gambar time pregnant kat sini. Sebabnya saya terperasan ada beberapa page kat Fb yang curi gambar-gambar perempuan pregnant ni, then letak kat dalam tu. Siap buat caption yang tak senonoh. Caption yang mungkin buat orang 'terangsang' barangkali..

Ya Allah.. mudah-mudahan la gambar saya takde. Lepas ni nak kena hati-hati bila kita letak gambar. Suka-suka hati je dorang ni ambik gambar. Nampak sangat la admin pemilik page tu macam mana. Ya Allah.. Risaunya rasa..

Kawan-kawan yang lain pun hati-hati ye. Sekarang ni memang zaman dah maju. Tapi bila niat orang x baik macam tu, kita tak boleh kata apa dah. Ada juga gambar beberapa orang yang saya kenal diletak disitu..


Harap kita yang dapat elak ni, elakkan la ye..

8 comments

  1. Xpe mimie..kecil jnji sihat..bby pun slim naik turun tangga ngan ibunya...hehhe..aa..sekarang ni mcm2 hal."pelik2 r perangai orng ni...

    ReplyDelete
  2. risau nya.yg mimie kenal tu mmber blogger juga ke..itu sbb lydsunshine pesan soh letak watermark kat keliling gambar kita tu.tepek je.kat muka bdan biar penuh.tapi kalau jnis yg suka try n error apa pon blh dibuatnya kan..

    tak pa la mimie jgn didengar sgt ckp ckp org sekeliling.janji nurse dan doktor yang monitor ckp tiada apa apa pon ok dh kan.

    lagi satu bru pestime pregnant.perut blom mengembang. anak dua tiga nnti ye la kan nmpak besar.

    ReplyDelete
  3. xpe mimie. sihat lebih penting. ala mmg ada je org pregnant perut kecik comel je :)

    ReplyDelete
  4. perut kecil besar ada kaitan dgn perut rasanya . klu jenis kulit tebal aka byk lemak , cepat jer nampak besar tapi klu yg jenis kulit perut nipis , 6 bln pun masih nampak kecil ... yg ptg baby sihat .

    ReplyDelete
  5. take care dik...janji baby sihat yeah....

    ReplyDelete
  6. perut.kecik xpe asalkan baby sihat kan mimie

    ReplyDelete
  7. Xpe... Jnji smpurna sihat dan selmaat... Sy dua kali prgnant pun rasa yg sama...

    ReplyDelete