Kari Ayam

Sunday 8 June 2014

Assalamualaikum.. hai semua..


Selama ni saya rasa kalau nak masak sesuatu yang menggunakan santan tu mesti susah. Maklumlah, tak pernah buat sendiri kan. Sebabnya sebelum ni kan saya kerja. Jadi balik umah je tinggal panaskan balik lauk tu, then makan. Hihihi..

Then bila dah duk dengan suami ni, tak kan juga nak masak yang simple-simple je kan? Sian kat cik abng tu. Nak kena juga masak menu lain-lain. So atas permintaan dia nak lauk berkuah, so try la masak kari.

First time kut saya buat sendiri. Mungkin orang lain mesti gelakkan? Yela dah nak jadi mak orang masak pun tak reti. Takpe, tak reti tu still boleh belajar kan? Janji kita buat. Alhamdulillah, dalam hentam-hentam, jadi juga. Hikhik

Ni resepi saya ikut mak saya sendiri masak.

Bahan-bahan :
-          Bunga cengkih
-          Bunga lawang
-          Kayu manis
-          Buah pelaga
-          Ayam
-          Santan
-          Bawang merah
-          Bawang putih
-          Halia
-          Serbuk kari
-          Sedikit air
-          Kentang (kalau suka)
-          Sedikit garam

Cara-caranya :
-          Bersihkan ayam dan ketepikan.
-          Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
-          Bila naik bau sikit, masukkan bawang merah, bawang putih & halia yang telah ditumbuk.
-          Masukkan sesudu serbuk kari.(ikut la kalau nak pekat lagi, bubuh lebih)  Kacau & masukkan air sedikit. Biarkan seketika (pecah minyak).
-          Masukkan ayam & ubi kentang.
-          Kacau sebati. Masukkan air separuh. Ikut masing-masing nak banyak mana.
-          Tutup seketika dan biarkan ia didih. Masukkan juga garam.
-          Setelah kentang empuk, masukkan santan.
-          Siap. =)



9 comments

  1. Mimie serbuk kari sesudu mana cukup..
    paling tidak pun setengah packet (utk dua org mkn) atau 1 packet..
    opss sorry kalau akak salah.. mungkin style mimie letak sesudu kot.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la kak.. sy bubuh sesudu besar je haritu.. tu pun dah pedas..hihi..

      Delete
  2. tak pe kak, UIA pon cakap tak pndai tapi rajin masak tak paa..:)

    ReplyDelete
  3. hehe xpa, slow2.
    nanti lama2 jadi la :>

    ReplyDelete
  4. kari ayam...sedap2...hehe:)

    ReplyDelete
  5. ciksu suka beli Rempah kari dlam peket kecik senang nyukatnya.. nak pekat likat doublekan aje

    ReplyDelete
  6. akak suka letak serbuk kari tu banyak sbb nak lagi umph rasa kari dia..hehehe

    ReplyDelete
  7. Saya msk.kari jnis kari mamak..x letak sntan..

    ReplyDelete