BAKAT dan Majlis Penghargaan

Sunday 24 August 2014

Assalamualaikum..

Ni cerita hari sabtu (23.08.2014) ye. Hari sabtu tu ada program BAKAT tuk wife army (Armor). Ikut hati malas nak join. Malas join tu cakap mulut je. Sebab tengah badmood masa en.suami bagitahu. Tapi dalam hati biasa je. Sebab tahu boleh pakat ngan wife kawan en.suami, so xde la sunyikan..

En.suami kata wajib pergi. Sebab dia last dalam unit tu. Isnin ni dah lapor dalam unit baru. Tapi masih dalam kem gemas ni. Jadi pegawai dia minta wife hadir sama sebab last join bakat dalam group armor tu. So hati rela kan je la pergi. Ntah napa hati ni okey je pula.

Masa majlis mula-mula dorang adakan perbincangan tentang etika dalam bakat. Dari segi pemakaian dan sebagainya. Tapi dek kerana saya duk belakang, pastu dalam dewan masing-masing pun dok bersembang, jadinya saya pun bersembanglah. Hehehe.. duk dengar sikit-sikit je. Nak tumpu tak boleh sebab bising.

Nak tengok slide kat depan, tak berapa clear. Cermin mata pula tak bawa, tu yang layan sembang tu. Tapi kalau masing-masing kusyuk, rasanya dewan senyap, dapat juga tumpu. Tetiba rasa rugi la pula.. tetiba nak menyesalkan.. ntah pape je.. T_____T

Selesai perbincangan tentang tu, dorang adakan majlis penghargaan kut. Tak tahu nak kata majlis apa yang sesuai. Dorang serahkan plaka pada wife-wife army yang mana suami nak bersara, pastu posting unit. Actually saya tak tahu pun akan terlibat sama. Sebab en.suami tak bagitahu pun. Maybe dia takut kalau bagitahu nanti saya nervous ke tak nak pergi pula.

Alaaaaaa, relax la.. bab-bab naik stage ni I like je okeh.. hehehe.. masa sekolah dulu jadi MC laa.. ok, back to the topic, masa dorang nak serahkan plakat tu dorang ikut skuad.. ehhh, betul ke ejaan??? Hentam la.. masa tu dengar tak dengar. Tumpu tak tumpu. Pastu tetiba turn dorang nak bagi pada 35wksyp. Terus tumpu jap. Sambil tu kawan en.suami cakap, dia tak suka nak naik-naik stage. Sembang kitaorng spontan je.

Tak terpikir pun kitorng memang kena naik nanti. Haha. Saya pula cakap kat dia sambil gurau, ntah-ntah nama kita pun ada tak. Haha!.. klakar je rasa. Sekali dia sebut nama, then diikuti nama suami. SAH! Nama kena panggil. Baru je lepas gurau-gurau. Tapi sebab tak jangka kan, jadi takde la nervous sampai tak terlangkah ke apa. Hehehe

Yang serahkan plakat tu wife CO, wife OC dan sapa eh sorang lagi.. adeh.. tak perasan la pula.. maaf ye.. sebab saya masih baru. Jadi tak kenal sangat orang kat dalam bakat tu. Kenal tak habis, dah kena tukar join bakat dalam unit baru en.suami nanti.

Kebanyakkan yang terima plakat ni kalau tengok muka akak-akak senior je. Maklumlah, suami pun dah bersara kan. Tup-tup kena kat kitorang, ada yang pelik. Sebenarnya suami saya tukar unit lain. Tak sangka diberi juga. Rezeki baby.. ^_^



Masa naik stage sempat lagi wife CO tegur, pregnant ke.. haha.. bila cakap ha’ah, terkejut dia. Bila dia kata dah bape bulan lagi dia terkejut sebab saya kata tunggu hari..hehehe.. yela dah 36week 4day kan. Hehe.. rezeki baby la daddy awak dapat tukar unit baru.. hehe.. wife OC pula terkejut sebab nama saya kena panggil. Yela, tetiba je kan. Bila saya kata sebab suami tukar unit, terkejut dia..

Tak sempat nak kenal rapat dengan wife OC tu pun. Sebabnya sekali dua je jumpa. Tu pun masa baru-baru pindah haritu. Pastu saya pula tak cam orang sangat. Hehe.. Pastu saya pula dah tak join dah group bakat tu sebab suami bertukar unit.

Selesai majlis tu semua, dorang ada la jamu makan sikit. Siap ada kuih raya juga. Pastu pasang pula lagu raya. Ewaaaaaahh, feeling raya lagi ko.. hehe.. Rupanya gitu la majlis bakat kalau time raya. Petang ada jamuan raya. Tapi tak dapat nak pergi. So tak tahu la macam mana suasananya.

Kita dapat attend yang ni pun ok la kan. Majlis selesai ngam-ngam kul 12tenghari.. ^_^

Nanti kita tengok bakat di unit baru en.suami tu macam mana pula kan.. best ke idok.. huhu



BAKAT : PROGRAM yang diadakan buat para isteri tentera. Hanya isteri-isteri sahaja yang terlibat. Program ni termasuklah sesuatu perbincangan ke, aktiviti permainan ke, pertandingan ke, apa-apa je la yang boleh dilakukan. BAKAT ni juga penting bukan setakat untuk para isteri. Yang saya tahu, ia juga penting untuk menyokong suami kita dari belakang. Contohnya dalam kenaikan pangkat dan sebagainya.

Penglibatan para Isteri dalam BAKAT ni diambil kira. Setiap majlis yang diadakan akan dicatit setiap kali kehadiran sebagai rujukan. Tapi saya tak pasti pula BAKAT ni singkatan pada apa. hehe





20 comments

  1. singgah sini picit iklan wakudoki

    ReplyDelete
  2. tahniah... rezeki baby ler tu.. hehe...

    ReplyDelete
  3. Bakat tu apa dah mimie? Haha...lupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakat tu program yang dorang adakan tuk wife wife army kak.. Wajib jgk la join..

      Delete
  4. Alhamdulillah..Rezki Baby tu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mimie, heheh tak berapa nak paham. hihii tapi alhamdullilah. rezeki baby tu ~~~

    ReplyDelete
  6. Mmg macam rutin askar kn... Nk tukar unit pun ada acara gak... Suami sy dulu ada gak, tapi sy x pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Tukar unit pun dorang ada buat juga.. Oo.. Napa xpergi.. Best jgk kalau dh lma x join.. Hee

      Delete
  7. bakat tuh xsilap akak ntahhh..hahaha..lgsg xmik tau tau...truk tul akak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hritu mak sy ada bgthu. Pastu lupa balik. Kikiki

      Delete
  8. Alaaaa... lambat pulak jumpa blog ni, kalau tidak boleh join awak...
    Esok ni kena g BAKAT 11 Armor , for da 1st time ! risauuu wwwoooo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husbnd nadia unit apa? Husbnd sya dulu 11armor jgk. Skrng masuk unit ateleri pula.. Esok pn ada bkat jgk..

      Delete