Cerita Raya 2014

Sunday 10 August 2014

Assalamualaikum..

(Entry ni ditaip awal ye)

Selamat hari raya semua.. masih dalam mood raya ke awak-awak semua? Saya mood raya kureng dah.. haha! Jangan ditanya la kenapa. Maybe sebab tahun ni tak larat nak beraya kut. Maklumlah bawa perut tahun ni kan.. hihihiks! :p

Hope raya tahun depan meriahlah. Nak-nak si kecik ni pun dah kuar. Time tu pun dah besar sikit dah. Dah boleh collect duit raya.. ‘ehhhhhhh..haha
Cerita raya saya tahun ni, tahun ni tahun pertama beraya dengan title seorang isteri.. aauuuww… :p

Tahun ni juga tahun pertama kasi can kat en.suami beraya umah mak dia.. baikkan menantu sorang ni.. :P takde pun nak gado-gado balik kampong sapa dulu. Haha.. sebabnya apa tau? Bulan 8 ni saya dah nak balik ipoh. So dapatlah luangkan masa nanti dengan family saya. So tak kisahlah tahun ni beraya di umah m.i.l dulu.

Tahun pertama beraya di umah m.i.l  rasa macam kekok juga. Tapi buat biasa je. Time raya haritu baby baru masuk 33week. Raya tahun ni tak kalut. Ehhh, tak kalut saya disuruh itu ini. Dapat juga rehat2. Takdelah goyang kaki 24hours ye. Ada juga tolong-tolong. Tolong mana-mana yang boleh je la. Tapi bukan ngelat tau.. segan pun ada sebenarnya.. tapi sebab tak tau nak tolong apa, jadi xde la buat apa sangat.. hehe

Rasa macam kelakar juga nak berjalan banyak dengan keadaan dah sarat ni. bangun duduk, bangun duduk rasa lenguh juga badan. Hehe.. raya kat umah m.i.l tenang je. Maybe sebab family en.suami tak ramai. Then ada adik beradik dia yang tak balik. Rasa lengang je. Kalau kat kampong saya, jangan dikata laaaaa.. riuh yaaaaa amat.

*salah sorang ALK saya masa kerja di kop. tak sangka rupanya ada kaitan sedara dengan keluarga en.suami*
abaikan muka yang sememeh tu ye. sebab time ni dah nak masuk asar kut. penat. muka berlengas. haha.. tak dan nak tempek bedak dahhhh.. muka xdapat tido malam pun iye ni.. hukhuk.

Tahun ni mood nak berselfie pun takde. But I’m not selfish ye.. haha.. gambar ada la 2 keping kut camtu. Tu pun suh adik ambik kan. Kalau tak, xde juga la kenangan. Ntah kenapa la malas sesangat nak bergambar. Hope tahun depan sempatlah bergambar bertiga. insyaAllah.. J

Raya tahun ni juga baby dalam perut dah jadi perhatian. Hehehehe!.. comel sangat awak ni tau baby. Terkejut orang bila tanya pregnant dah bape bulan. Bila cakap 8bulan, orang macam tak caya. Sebabnya kata perut kecik. Ate dah mamanya badan idak besar mana kan, macam mana perut nak membesar bagaikan juara. Hehehe!

Ada yang ramalkan awak ni baby boy. Amin.. mudah-mudahan.. J kalau baby boy lompat bintang la daddy awak tu nanti.. hahahak!.. :p
Mama awak pun suka. If awak kuar nanti girl pun tak kisahlah. Janji awak sihat ye baby. Berserah je la.. semuanya kuasa Allah.. J

Raya kedua pula gerak balik segamat. Balik beraya dengan family saya pula. Tapi sebelum sampai segamat tu sempat juga la menyinggah ke Palong 2 umah pakcik saya. Beraya ke sana. My mum gerak dari segamat. Saya & suami dari Melaka. Jumpa di Palong. Senang. Sedara mara lain x ikut pula. Sebab dorang ada tugas kena masak-memasak. Hehehehe..

On the way nak ke Palong. Raya Kedua.

Lepas balik dari Palong, sempat bawa mak abah adik-adik ke umah kaurters yang kitorang duduk ni. saja tunjuk umah kat mereka. Lagipun dah 1 jalan kan. Senang. Alhamdulillah.. family saya dah sampai umah yang kitorang duduk. So takdelah dorang tertanya2 rupa mana umah yang kitorang duduk ni.

After that, terus gerak balik segamat. Kat segamat xde kemana pun. Sebabnya ada sedara mara kitorang nak mai umah. Sampai ke malam tak dapat gerak mana-mana. Dok berkumpul ramai-ramai. Ya Allah.. meriahnya jangan dikatalah. Sampai nak mandi pun tak sempat tau. Haha! Maksudnya nak mandi pun dah malam la baru rasa aman sikit. Bukan tak mandi langsung ye..

Raya ke-3 gerak ke Melaka balik. Haha.. kelakar betul. Boleh pula sana sini kan. En.suami ajak balik sana. So gerak je la ke sana. So saya dapat luang masa kat segamat sekejap je la pun. Tapi takpelah.. nanti ada masa boleh balik sana lagi. Tak jauh pun dari gomeh ni..

Raya ke-4 en.suami dah kena kerja balik. So duk la diam-diam kita kat kaurters ni. hehe.. bila dah balik umah sendiri, mulalah tugas harian kita balik. Masak, masak dan memasak.. ehhhhh.. banyaknya masak. Haha!.. *tipu*

Alhamdulillah.. selesai raya tuk tahun ni walaupun raya belum habis lagi. Hehe.. disebabkan mood raya xde, jadi takdelah nak beraya ke sana sini pun. Tapikan………. Tahun ni tak dapat nak makan lemang banyak-banyak. Sebab fikirkan baby. Yup, kerana baby. Sebab apa yang saya perasan, bila saya makan kuih berpulut, baby jadi kurang gerak. Maybe dia pun ngantuk je kan..Masa bulan puasa lagi dah perasan dah. So terpaksa mama korbankan perasaan nak makan lemang banyak tahun ni. tahun depan kasi pulun.haha

Then disebabkan bulan puasa haritu terngidam-ngidam nak makan kuih raya kan, so bila dapat makan macam-macam biskut raya, nikmatnyaaaaaaaaa la haiiii!!!!..
Raya first tu memang saya banyak makan biskut raya. Sekali hambekkkk, baby bukan kemain melompat-lompat dalam perut. Sampai rasa nak gelak pun ada. Geli sesangat. Daddy dia pegang perut pun bukan kemain lagi respon dia. Seronok sangat dapat makan biskut raya kan. Hehe

Tu je la cerita raya saya tuk tahun ni. sekadar beraya di umah m.i.l buat pertama kali, beraya dengan baby dalam perut, kena berkorban dari makan lemang.. haha..
Paling sadis xde gambar raya. Adehh..

Tak menarik langsung rasa raya kali ni kan. Takpe-takpe.. janji raya tetap raya.. kan..kan.. J nanti raya haji kita beraya betiga ye baby.. InsyaAllah..

11 comments

  1. bestkan dapat kumpul satu family ramai2..:D

    ReplyDelete
  2. samalah kita mimie,azie tahun ini mood raya kureng sikit..maybe dengan letih nak gerak sana sini malas..
    ramai jugak orang kata azie pun bakal dapat anak laki,kalau tengok tang perut mmg xjelas sangat kocik ..samalah kita yang penting kita n babay sihat kan

    ReplyDelete
  3. salam. raya sy taun ni pulak meriah..jika dibandingkan dengan tahun yg sudah..

    ReplyDelete
  4. wah pandai strategi balik raya mimie yer.. betul la nanti mimie pantang rumah mak kan.. so adil la tue bagi 'can' kat husband beraya di rumah dia dulu kan..=D

    ReplyDelete
  5. Raya kat mane pun sama jer... Janji raya kan.

    ReplyDelete
  6. Best bila berkumpul ramai-ramai masa rayakan.

    ReplyDelete
  7. ooo x balik ipoh la ye.
    meriah juga mimi
    ciksu lagi la beraya di kl,aje.tman cik abe kja.
    sbb cik abe ciksu apply cuti n sambung cuti raya utk sekali harung dgn cuti bersalin :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya dari Ros :)

    ReplyDelete
  9. Puas raya tu.. Hehe.. Kira thun pertama raya sbg suami isteri la ni kan.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Aaa...nmpk perut mimie kecil..tp mungkin sbb mimie pkai jubah kot...xpe..kecik pun..asalkan bby sihat...kejap je..xlama lagi le jumpa bby..take care ye..

    ReplyDelete