Assalamualaikum.. ni sambungan dari entry pengalaman bersalin (part 1)
Last-last
pasrah. Balik bilik, cuba baring. Tapi kalau dah namanya sakit, baring ke duduk
ke, telentang ke menonggeng ke, buat la apa pun mesti serba tak kena kan?
Last-last pergi toilet sebab rasa cam nak membuang. Tapi tak boleh pun.
Last-last kuar sambil jalan luar wad bilik. Duduk kat bangku sampai menggigil2
badan. Cuba nak jerit kat nurse. Tapi dia tengok kita macam tak endah je. Sedih
okeh! Dah la sakit. Suami takde kat sisi. Cuba sembang kat kawan katil sebelah
pun dah tak jalan. Makin menggigil badan.
Last-last
masa duk kat bangku luar tu nurse terperasan. Time tu pukul 3 lebih pagi. Nurse
suh naik katil. Saya cakap tak boleh nak bangun dah. Terlampau menggigil. Tapi
gigih juga la berjalan. Sekali dorang seluk lagi. Katanya dah full term. Tu je
yang saya dengar. Sekali nurse lain check bukaan sebab tak caya, pun kata dah
buka habis. Haaaaaa, time tu jangan cakap la kalutnya macam mana. Saya tak
ingat berapa ramai nurse yang ada.
Ada
5 orang or lebih I’m not sure. Tapi rasa macam ramai je. Yang ambik wheelchair,
yang nak tolak katil lagi. Time tu kat atas katil lagi saya dah tak tahan nak
teran. (Katil wad). Sebabnya dorang asik seluk kan. Last-last jerit kat akak
katil sebelah kata nak teran. Masa ni nurse-nurse kalut kat luar. Nak ambik
katil, nak cari wheelchair.. Haha.. ingat balik, rasa macam kelakar. Tapi tu la
namanya pengalamankan?
Lepas
naik je katil yang nak ke labour room, saya tahan gigil. Sambil cakap kat nurse
nak teran. Makin laju dorang tolak. Haaaa, punya la tak caya saya dah nak
beranak kan. Semalamnya datang serah diri macam nak check in hotel je. Hehehe
Pengalaman
Di Labour Room.
Time
ni dah tukar katil lagi, time ni memang tak tahan dah nak teran. Jenuh juga nak
pegang apa time tu. Cuma nampak palang katil belah kiri je. Dok tahan tangan
kat situ. Time tu nurse cakap teran je. Yang saya dengar dorang dok kata baby
kecik-baby kecik. Haaaihhh.. baby kecik ke, besar ke, saya tak heran dah time
tu.
Mungkin
sebab baby tak turun sangat lagi, tu yang nurse suh teran je. Masa teran tu tak
fikir apa dah. Sakit ke apa belakang kira. Yang terfikir nak baby selamat lahir
je. Bila dah sampai 1 masa nurse suh teran tahan tangan kat kaki tanpa kuar
suara.. bab kuar suara fail. Haha.. memang kuar juga. Tapi bukan la kuar yang
jerit bagai nak rak tu. Suara dok mengerang sakit tu la yang kuar pun.
Masa
contraction datang, time tu nurse suh push. Alhamdulillah, nurse cakap saya
boleh push dengan nafas yang panjang. Jangan ditanya la macam mana saya buat
ye. Haha!.. yang saya tahu, saya habiskan geram dok push tu nak kasi baby cepat
kuar. Then masa dah nampak kepala baby, nurse kasi rasa. Tapi saya dah tak rasa
apa dah. Hehe.. dok fikir cepat la baby kuar.. hihi..
nanti saya sambung lagi ye.. baby dah kasi hint tu.. hikhik..
Adoi...dlm seribu rasa yg ada masa nk bersalin tu, rasa nk baby cepat keluar mmg rasa yg paling tak bole dilupakan sepanjang hayat
ReplyDeleteassalamualaikum mimie. kenangan bersalin ni macam2 ada. hihiii bestnya. happy for you mimie. dah jadi ibu... teringat sheila bersalin 4 bulan dulu. rindu nak bawa anak dalam perut ~~~
ReplyDeleteHuhu... Yg pasti... Masa tu dlm otak nak baby keluar cepat kan Mimie. Bila terkenang balik. Rasa nak tergelak pun ada :)
ReplyDeletemengerikan! membuatkan akak teringat2 kembali pengalaman bersalin..huhu..
ReplyDeleteaduhh meremang pulak bulu roma ayu ni mimie...
ReplyDeleteaishhh dah mcm bace novel da ni
tggu next entry
pengalaman bersalin ni lain anak lain...irra dah rasa 2x..tunggu yg ketiga pulak..irrayyan.com
ReplyDeleteHuii..penuh perasaan ayu dok baca ni. Macamne ntah kisah ayu nnti.
ReplyDeletemembaca dengan penuh tekun dan debaran... :-)
ReplyDeletexpe pnglaman pertama..cm ida dulu la..bile dh ank kedua dh pndai..heheheh
ReplyDeletedah bersalin ya..?tahniah.. selamat berpantang..
ReplyDeletedebar je baca entry ni.. hehehe
kenangan indah kan sis?
ReplyDeleteAkak dah bersalin ya? Alhamdulillah! Tahniah kak. Saya baca pun seram kak..huhuhu. Berdebar-debar. dup dap dup dap.
ReplyDeleteHihi..x boleh lupa part nak bsalin tu kan..
ReplyDeleteTahniah mimi dpt baby girl...mesti comel mcam mak nye... Seronok baca xperience org bersalin ni....bukaan mimi kira cepat juga ye...dari 3cm ke 10cm amik msa sejam jer...a
ReplyDeletemungkin msa mimi nk membuang tu dah cepatkn bukaan... Apa2 pn alhamdulillah selamat smua
alhamdulillah mimie..mudah awak bersalin anak sulung..masa akak dulu, anak sulung dan no 2, berbelas2 jam, hampir 24 jam jugak lamanya kat wad menunggu. huhuhu..yg no 3 ni je cepat, sampai je hosp, dah bukak 5cm..
ReplyDeleteHeheh..kalut terus nurse tu lepas kak mimie cakap nak teran. Haha. Terbaik laa baby nak keluar mengejut.
ReplyDeleteKita pun tras akalutnya mimi. Hehehe terbayang cam mana eka teran nanti hehehehe
ReplyDeleteMasa ni memang fikir cepatlah bb keluar..sakit tu Allah je tahu...
ReplyDelete