Kisah Anak : Budak Banyak Akal

Wednesday 5 November 2014

Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Sejak ada zahra, share cerita pasal zahra je la kat sini kan. Kuasa anak. Mama tolong ceritakan je. Nak story pasal diri sendiri pun macam takde modal cerita je.. Kita share je la cerita pasal zahra. Nanti dia dah besar, boleh la baca. Nanti dia tahu ragam masa kecik dia macam mana kan? Itupun kalau google ni masih wujud.. Muahaha..


*saat dia membesar, pasti tangan kecil ni akan dirindui*

Zahra harini dah masuk 49hari.. Kejap je masa berlalu.. Dah sebulan lebih juga dia tak jumpa daddy dia. Daddy busy dengan operasi sekarang ni..

Dalam masa 49hari tumbesaran nya ni, macam macam ragam dia dah tunjuk. Biasalah, budak bijak nak membesarkan?  Apa yang saya perasan, ada masa dia ni boleh tahan manjanya. Manja dengan opahnya. Kadang mama enjut dia dalam buai bagi lena tido, tak mau tido. Dok nangis.

Cuba kalau opah dodoikan, elok je senyap. Kejap je dah lena. Bukan main lagi. Mama sabar je la.. Nak mara pun tak guna. Kang mama awk yang mental. Nanti daddy balik, kita tengok ragamnya macam mana pula.. Yela, daddy tak tengok lagi ragam dia ni secara live.. Mau pengsan nanti.. Haha!..

Pastu kalau lambat susu.. Allah.. Dia punya nangis macam kena bantai. Ni kalau balik gemas nanti silap silap orang ingat kita dera anak. Kalau nangis, volume paling UP! Kat sini takpe lagi. Opahnya ada. Kut kat gemas nanti kita ada hal kejap, tak tahu la macam mana..

Kalau mandi tak berapa suka air yang ada rasa panas sikit. Kadang menangis. Haha! Nak air suam, tapi suam yang dah hilang rasa panasnya. Maklum la, masa dalam perut kan mama suka minum cool blog. Jadi dah biasa dok rasa sejuk sejuk.

Kalau naik kereta ok je diam. Tapi! Mama yang pegang. So buat masa ni nak jalan jauh sikit kena ada driver. Mama pencen dari drive sementara. Pastu tak suka kereta berhenti. Hok ni payah. Walaupun orang yang drive, dia tetap hik hik nak nangis. Ingat atas highway apa nak suh kereta bergerak je. Maklumlah, highway takde traffic light. :P

Suka tak pakai baju. Barangkali sebab cuaca sekarang kan panas. Kalau ngamok nak mandi, air tengah masak, buka baju nya dulu, mesti diam.. Tapi kena sembang2 dengan dia la.. Nanti elok je dok sengih sengih. Itu pun bergantung pada mood la..

Alhamdulillah, tido malam dah tak kuat terjaga sangat. Sekarang ni peel dia malam tido bawah ketiak. Kalau tak nanti tercari-cari. Sebab apa cari? Sebab nak ngempenggg je sepanjang masa. Tido pun dah melasak sikit. Kena berjaga jaga..

Alhamdulillah. Dia tido buai ada masa masa je.. Tak bergantung sepenuhnya pada buai..

Setakat ni tu antara ragamnya la.. Mula mula dulu give up juga kalau dia meragam. Macam nangis jenuh nak dipujuk. Sekarang ni bila dah paham, baru la ok. Kadang saya rasa give up bila badan terlalu penat. Tak cukup rehat.


21 comments

  1. Zahra ..cantik namanya...mesti baby yang cantik dan comell..semoga zahra membesar menjadi nak yg sholeha ..amiin. terima kasih atas perkongsian kali ini.

    ReplyDelete
  2. Biasalah Mimie... Zahra tengah nak membesar dan nak mengenali org sekeliling. Part2 nangis tu akak dulu pun masa Alia... Memang kacau gak dibuatnya. Takut nanti. Org kata kita dera anak. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Seronok nya layan keletah dia kan... :) seronok jugak membacanya.. hehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya melayan anak-anak.. mama terasa bahagianya mimie memiliki si comel....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak.. Bhgia rasanya.. Mcm tak caya dah ada ank sendiri.. Belajar kehidupan baru.. :)

      Delete
  5. zahra nak bagi mama dia banyak memori sbb tu banyak ragamnya..hihihi

    ReplyDelete
  6. Zahra comey.. eh.. tengok gambo tangan pun kata comey ye.. hee.. semua part yang ada pada baby semua comelll.

    ReplyDelete
  7. Kalo nnt dah blk gemas boleh gendong zahra dgn ring sling. Maklum la kalo surirumah byk keje nk kena buat sambil jg anak. Gendong ank sambil buat keje sgt membantu. Cubalah ye nnt.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mimie slmt pagi hehe..
    Zahra nk membesar dgn sihat katakan...

    ReplyDelete
  9. Camana la nnt ayu ada baby.hihi..

    ReplyDelete
  10. sikit hari lagi zara bole buli mama dia.. hah kelam kabut mama dia nanti bile balik gemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal alise. Blik gemas lintang pukang la buat kje nti..

      Delete
  11. Banyak jugak ragam Zahra nie. Nasib baik ada nenek. Heheh.

    By Angel Love Soldier

    ReplyDelete
  12. Hehehhe manje ng opah dia...
    Saje nk bt mama dia jeles la tuu..
    Oooo ase bahgia lak dgr cte2 sal ank ni...
    Bile tah bby ayu nk kuar tah

    ReplyDelete
  13. gebusssss jari jemari zahra...dah blk gemas lom?...klu dah, leh nak g melawat klu akak blk palong...

    ReplyDelete
  14. Hehe.. Tggu dh besar sikit lagi byk aklnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nti kalau dh pndai ckap best.. Ada kwan gado mlut.. Hehe

      Delete
  15. Semoga tabah melalui suka duka membesarkan anak2.
    Masa menangis demam tu memang menguji kesabaran dan kasih sayang kita terhadap mereka.
    InshaAllah....semakin membesar makin banyak akalnya...hehe

    ReplyDelete