Kisah Anak : Zahra 255hari @ 8bulan setengah.

Saturday 30 May 2015

Assalamualaikum.. Hai..

Lama kan menyepi dari blog. Sekarang hanya mampu menaip tanpa sebarang respon. Maaf ye. Apa yang tertulis ni pun sekadar luahan rasa hati.. Mungkin sekarang ni itu yang terjadi.
Balik umah mother in law baru la berkesempatan nak berblog balik.

Lama kan tak kongsi cerita tentang zahra. Kawan kawan pun dah nak ke angka ZERO kat blog ni. Ehh, maksudnya rakan yang berkunjung. Maklumlah, blog pun blog perisian kisah merapu je kan. Bukan blogger tip top pun.

Zahra harini dah 255hari. Atau nak kira dengan senang, dah 8bulan setengah. Sekejap je masa tu berlalu pergi. Macam tak caya je zahra makin membesar. Makin memahami pelbagai perkara. Zahra masih belum pandai merangkak. Angkat2 punggung tu selalu. Cara dia tu lebih kepada nak belajar duduk.



Aktif sememangnya aktif. Naik semput mamanya nak kejar. Bab makan sekarang ni alhamdulillah. Dah mau makan. Sebelum ni payah juga nak makan bubur nasi dia tu. Sekarang ni nekad. Bagi dia betul betul lapar, alhamdulillah habis. Senang kata, puashati la tengok dia makan.

Bila zahra makin besar, seronok layan karenah dia. Sangat sangat buat orang geram. Kalau dia buat perangai tu, sakit jiwa juga la dibuatnya. Tapi time dia pandai ambik hati, time layan dia menyusu, saat mata dia bertentang mata balik, Allah... Sayu nya rasa.. Sejuk hati dan perasaan. Indah sangat perasaan tu.

Okay la.. Rasanya panjang lebar dah kan.. Nanti kita sambung cerita pasal zahra lagi eh.. Mekasih sudi singgah, baca dan komen! :)


Ada rezeki masuk wifi, saya rajinkan diri blogwalking ye..

7 comments

  1. comelnya..tak lama baby akan besar dan kenangan waktu begini terlalu cepat berlalu..

    ReplyDelete
  2. geram kat pp zahra.. ngeee !

    ReplyDelete
  3. Xpe...lmbt merangkak..tau2 je nk jln dah..hehe...comelnya zahra..

    ReplyDelete
  4. hai adik comel.hehe. amani beza 3 bulan ya dgn zahra..

    ReplyDelete