Diari Zahra : Setahun Empat Bulan.

Monday 18 January 2016

Assalammualaikum.. Hai readers.. Selamat Pagi.. 

Alhamdulillah.. Pagi ni bangun dengan semangat. Diharapkan perasaan semangat ni dapat diteruskan paling tidak sehingga tamatnya tarikh 18 januari ni.



Harini zahra genap setahun empat bulan. Jap je rasanya kan. Makin bijak. Makin buat orang geram. Makin pandai potpet-potpet. Pandai dah memahami bila orang cakap sesuatu. (Bukan semua perkara la).



Malam tadi ddy masuk bilik lambat. Nak ajak ddy tido. Comel je bila dia sebut 'bahh.. Isssshhh'.. Haha.. Funny.. Dia ngeluh sebab ddy tak masuk masuk bilik lagi. Sebab sebelum tu dia dah panggil ddy masuk bilik, tapi tak masuk masuk. Masa tu dia tengah nyusu. Bolehnya dia stop, pastu ngeluh. Then kuar panggil ddy. Hihi..

Malam tadi la paling banyak dengar dia sebut 'ba.. bahh..'.. Ehhh.. Tak dengar pun ddy.. Haha.. Zara nak panggil abah kut. Whatever la zara.. Janji maksudnya sama. Sebelum ni ada juga demgar perkataan 'bah..' tu.. Contoh macam ddy tertido kat seat, nanti dia nak kejut, dia sebut 'baa..bahhh'.. Tapi malam tadi paling kedengaran. Comel je zara ni tau.. 

Perkembangan lain, contohnya dia bangun tido. Pastu merengek. Bagi susu, dia nyusu. Pastu merengek lagi. Nanti bila cakap, zara lapar ye. Makan nasi nak?'.. Laju je dia bangun pergi dekat meja makan. Pandai dah dia. Nak cakap lapar tak pandai. Bila dapat berkomunikasi camtu pun okay la ada kemajuan. 

Kalau nak mandi, dah buka baju, nak masuk bilik air, mesti berpim,pin. Geram je tau gelagat tu. Comel sangat. Rasa tak puas layan dia walaupun 24jam ngadap dia. 

Perkembangan lain, nanti mama zara update lagi ye. Pagi ni nak bawa zara pergi checkup di HTD. Tapi budak ni syok tido lagi la pula.. Hope timbang harini beratnya naik la. Sebab dalam seminggu dua ni kurang makan. Sejak sejak cuaca panas ni muncul. 


7 comments

  1. Seronok melayan keletah anak walaupun penat tp masa ni la plg berharga yg x dpt diulang kembali utk stp seorang anak
    .

    ReplyDelete
  2. Comelnya dia tidur...x trasa da bsr da bb zara ni

    ReplyDelete
  3. salam! Alhamdulillah membesar dengan sihat zahra ni :)

    ReplyDelete
  4. Gelagat anak anak masa kecil memang indah.

    ReplyDelete