Soto Ayam

Wednesday 20 January 2016

Assalamualaikum..


Siapa peminat SOTO AYAM?? Kita geng.. hehe.. Sedapnya la hai. Alhamdulillah.. dapat buat rasanya sebijik macam air tangan mak!

Meh kita share resepinya ya.. Selamat Mencuba! :)





1. Celur bihun bagi lembut.
2. Goreng kacang tanah.
3. Buat cili kicap.
4. Celur taugeh
5. Potong daun bawang & daun sup.
6. Isi ayam yang dicarik-carik. (ayam yang dalam sup tu)




Resepi sup mengikut resepi my mom.

1. Beberapa ketul ayam. (isinya akan dicarik-carik ye)
2. Air untuk dijadikan kuah.
3. Bawang goreng (goreng sendiri je)
4. Kayu manis
5. Bunga lawang
6. Buah Pelaga
7. Bunga cengkih
8. Jintan Manis
9. Jintan Putih
10. Ketumbar
11. Lada Sulah
12. Sedikit garam
13. Bawang merah (dihiris/ditumbuk)
14. Bawang putih (dihiris/ditumbuk)

(jintan manis, jintan putih, lada sulah, ketumbar ditumbuk dulu ye) 


Cara-caranya :

- Tumiskan bawang putih & bawang merah beserta kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga. Tumis sehingga garing @ naik bau.

- Masukkan Jintan manis + jintan putih, ketumbar serta lada sulah. Agak naik bau, masukkan air serta ayam.

- Biarkan didih. 

-Setelah didih, masukkan garam secukup rasa. Boleh perasakan dengan bawang goreng yang digoreng sendiri. Serta letakkan sedikit daun sup serta daun bawang.

- Siap. Isi ayam ditoskan untuk dicarik-carik.


Bergedil.

Bahan-bahannya :

- Ubi kentang
- Bawang merah
- Udang kering (boleh digantikan dengan isi ayam/daging)
- Lada sulah/lada putih
- Sedikit daun sup
- Telur ayam
- Sedikit garam

Cara-caranya :
- Potong ubi kentang kecil-kecil (ikut kesenangan nak menumbuk nanti. saya potong 16 sebab saiz besar) dan gorengkan sehingga garing.

- Hiris bawang merah serta gorengkan juga.

- Sedikit Udang kering digorengkan juga.

- Sedikit lada sulah dan digorengkan sebentar.

setelah bahan-bahan tadi digoreng, toskan dan tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit garam mengikut kesedapan.

setelah lumat, masukkan sedikit daun sup yang dipotong halus.

bulatkan bergedil mengikut besar yang bersesuaian. Celupkan dengan telur, dan gorengkan. :)



Selamat mencuba.

#MaafJikaAdaKekuranganDiPerkongsianSayaNi

6 comments

  1. Saya suka doto. Mkn pedas2 dgn sambal kicap mmg terbaik...

    ReplyDelete
  2. sedappp ni. tak minat sgt tp kalau dpt ni, makan x ingat dunia dh hihih.. tmbh lg kalau sup tu cukup rencah. mmg osem ^^

    ReplyDelete
  3. lama x dtg menjengah..hai mimi..

    dah lain sgt blognya..huhu..

    ReplyDelete
  4. dah lama nyer tak buat...
    sedapnya..lengkap...

    ReplyDelete
  5. Buat mkn t.hari brtmbh2 sdpnya ni

    ReplyDelete
  6. mamamyja suka giler.. kalau orang pandai buat kuah nya lagi bertambah2..

    ReplyDelete