Tudung Comel Buat Si Comel

Tuesday 30 May 2017

Tudung Comel Buat Si Comel


Assalamualaikum.. Selamat Tengahari.. Busy Ke tu..
Kita ni sentiasa busy. Haha.. tak masak tengahari, tapi sibuk dengan kerja lain.
Kalau dah ngadap anak tu, memang ngan drang je. Kalau dah ngadap fon, memang tengok order yang masuk je la..

Dalam duk sibuk ambil-ambil order tu, buka la website Tudung Si Comel ni, berkenan betul la tengok tudung-tudung kat situ. Cantik-cantik. Dah lama berkenan tudung kat situ. Cadangnya la nak belikan untuk zara satu. Nak raya ni kan. Tapi peningnya tengok. Banyak sangat yang cecantik. Jatuh hati betul la. Harga pun ok ke bila tengok.

Mama-mama yang lain pun mesti berkenan punya kalau dah masuk Website tu tau. Rambang mata toksah kata. Kalau suruh anak pilih pun confirmlah nanti anak pun rambang mata nak mana 1.

Tak percaya? Meh saya share sikit tudung-tudung hat comel tu eh..


Tudung kanak-kanak

Comel kan? Berkenan yang ni. Tapi tak tahu nak ambik kaler apa ni.. hehehe.. Nak kena tengok baju raya zara dulu..


Design baru ni.. Mama zara dah berkenannnnnn!! Nak-nak warna merah macam ni. Memang jatuh hati la.. haha..


Yang macam ni pun berkenan.. Haaaa, sudah.. semuaaa cantik.. nangesss tengok tau..
kena buat pilihan ni.. agak-agak yang mana mama zara nak beli nanti? hehe


Ada hello kitty.. Aduiiii.. cecomell semuanyaaa..
Cantiknyaaa tudung shopkins ni... aduhaiii,, jatuh hati!.. xpe-xpe.. kita akan buat pilihan yang tepat ye. hehe

Nanti dah sampai kita share kat sini ye. Mesti mama-mama semua nak tahu kan?

Stay tune.. ;)

3 comments