Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
Assalamualaikum & hai..
actually kat fb pun berlambak dah orang share pasal video ni kan.. rasa macam terpanggil pula nak share kat sini. rasa kesian kat pakcik ni.. dia jalankan tugas dengan baik, dimaki hamun pula macam tu.. dengan kata-kata yang kesat lagi.
bukan nak mengeruhkan keadaan. cuma ni dari pendapat saya sendiri la, berdasarkan apa yang saya tengok pada video tu & bacaan yang ada. tak ke jatuh airmuka sendiri bila keluarkan kata-kata macam tu. bila awak kata dayus tu, perasan tak orang merujuk pada suami awak.
sebab suami awk duk berdiam je kat tepi tu. nak-nak suami awak orang kenal? rasanya kalau saya la buat macam ni tepi tunang saya ke, ayah ke, silap2 saya yang kena balik sebab x hormat orang tua.
ye, saya bukan baik sangat. tapi saya rasa, saya belum lagi sampai tahap nak maki hamun orang macam tu. pagi tadi masa tengok video ni saya sambil makan. terus hilang selera. terus menitik air mata.
Ya Allah.. moga Allah murahkan rezeki pakcik ni.. moga Allah permudahkan urusan kerja dia..
kalau kita nak maki orang pun, berpada la.. dan tengok la pada siapa kita nak cakap tu.. andaikan kalau orang maki hamun macam tu depan ayah awak. apa yang awak rasa????
actually kat fb pun berlambak dah orang share pasal video ni kan.. rasa macam terpanggil pula nak share kat sini. rasa kesian kat pakcik ni.. dia jalankan tugas dengan baik, dimaki hamun pula macam tu.. dengan kata-kata yang kesat lagi.
bukan nak mengeruhkan keadaan. cuma ni dari pendapat saya sendiri la, berdasarkan apa yang saya tengok pada video tu & bacaan yang ada. tak ke jatuh airmuka sendiri bila keluarkan kata-kata macam tu. bila awak kata dayus tu, perasan tak orang merujuk pada suami awak.
sebab suami awk duk berdiam je kat tepi tu. nak-nak suami awak orang kenal? rasanya kalau saya la buat macam ni tepi tunang saya ke, ayah ke, silap2 saya yang kena balik sebab x hormat orang tua.
ye, saya bukan baik sangat. tapi saya rasa, saya belum lagi sampai tahap nak maki hamun orang macam tu. pagi tadi masa tengok video ni saya sambil makan. terus hilang selera. terus menitik air mata.
Ya Allah.. moga Allah murahkan rezeki pakcik ni.. moga Allah permudahkan urusan kerja dia..
kalau kita nak maki orang pun, berpada la.. dan tengok la pada siapa kita nak cakap tu.. andaikan kalau orang maki hamun macam tu depan ayah awak. apa yang awak rasa????
mara?? erm, macam tu juga la ahli keluarga pakcik ni kan.. moga Allah permudahkan segala urusan kehidupan pakcik ni..
assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) maut manakala dua rakannya cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.40 petang waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) ketika konvoi 'Force Protection'(FP) melibatkan 41 anggota bersama lapan kenderaan tentera bergerak dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.
Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, 26, dan Lans Koperal Nur Syahied Taib, 26, cedera.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kemalangan itu berlaku di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla melibatkan sebuah kenderaan Kembalik yang sedang menunda kenderaan Perisai Condor.
"Kejadian berlaku apabila Kembalik yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbalik ke dalam gaung sedalam 15 meter bersama kenderaan perisai yang ditunda.
"Kenderaan Kembalik ketika itu dipandu Nur Syahied yang turut dinaiki Mohamad Aizuwan yang bertindak sebagai pengiring sementara Rosdi sebagai ketua kenderaan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Markas Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Pemangku Panglima Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Abu Bakar Md. Said.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataannya berkata, jenazah Allahyarham Rosdi akan dibawa pulang ke Malaysia Isnin ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Allahyarham Rosdi yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3 tahun.
* Salam takziah buat keluarga mangsa.. terkejut dengar berita ni. msg pada en.tunang. Si dia hanya mampu kata 'syukur dapat balik malaysia kembali dengan selamat. Saya pun bersyukur tunang saya dapat pulang ke sini dengan selamat. tak dapat nak bayangkan kalau benda ni terjadi masa en.tunang saya bertugas kat sana.
* Allahyarham yang meninggal ni rumahnya tak jauh pun kawasannya dengan kawasan rumah saya. sangat tak terduga. Moga isteri mangsa tabah.
sumber : Utusan Online
BUTTERWORTH, 10 April (Bernama) -- Tiga
pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya di sini dikenakan tindakan buang sekolah
setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan
tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada
guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Katanya dalam kejadian pada 4 Mac
lepas, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain
dan membelasah mangsa di sekolah.
Kejadian itu dirakam dan tersebar
luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif
daripada orang ramai.
"Susulan kejadian itu pihak
pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit
sejak 8 Mac lepas kerana melanggar peraturan sekolah," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pelajar
berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan
mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum
diterima meneruskan semula persekolahan.
Sementara itu, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima
sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan
bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut
Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.
** apalah nak jadi ngan budak-budak ni ye.. hebat sangatkah korang??? **
assalamualaikum..
Tolong pesan dgn orang lain.. tolong jgn
update dekat facebook kalau ternampak ATM
tgh buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana..percuma Penceroboh dapat
info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2
simpan dalam hati..mereka sedang
memerhati!!
update dekat facebook kalau ternampak ATM
tgh buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana..percuma Penceroboh dapat
info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2
simpan dalam hati..mereka sedang
memerhati!!
Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan
sebarkan maklumat di fb atau dimana2
sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara... Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yg
anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara...
Sekarang anda juga memegang amanah
negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...
sebarkan maklumat di fb atau dimana2
sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara... Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yg
anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara...
Sekarang anda juga memegang amanah
negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...
TOLONG SEBARKAN!
sabahtech: rasanya update pasal info berapa
yg terkorban itu tiada masalah.. atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah.. cuma jangan update info yg
berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di
luar sana..
sabahtech: rasanya update pasal info berapa
yg terkorban itu tiada masalah.. atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah.. cuma jangan update info yg
berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di
luar sana..
*Ya Allah..hentikanlah semua ini.. kesian pada mereka yang terkorban..sesungguhnya mereka juga mempunyai keluarga, anak-anak yang masih kecil.. dgr2 ada kwan sek saya pun mungkin akan ke sana. Moga Allah lindungi kawan2ku yang berjuang di sana.
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the
Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di
Bukit Segambut, di sini, malam ini.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim,
23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam
7 malam.
Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.
Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.
Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.
Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA
* pagi-pagi kalau ada segmen tertentu yang berkaitan dengan teknologi, selalu tengok kat MHI tu.. mesti layan sebab menarik cara penyampai beliau.. tak sangka beliau dah pergi buat selamanya.. salam takziah.. al-fatihah..
sumber : Berita Harian
sumber : Berita Harian
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Janin lelaki sebesar tapak tangan ditemui tertanam di sebuah kawasan paya di Taman Mas, Subang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata janin tersebut ditemui oleh seorang lelaki kira-kira pukul 5.45 petang dan dia kemudian memberitahu polis peronda.
"Ketika itu hujan lebat. Anggota peronda mendapati janin dibalut dengan tuala "good morning" berwarna putih," katanya menerusi SMS kepada Bernama.
Yahaya berkata siasatan awal mendapati janin tersebut berumur antara empat hingga lima bulan.
Polis kini sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menanam janin tersebut.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi, katanya.
google
sumber berita : SINI
JOHOR BAHRU: Lari menyorok nama tercicir. Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam kerana menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru,
Bapa pelajar tersebut, Abdul Halim Abdul Manaf, 40, dan ibunya, Norlida Mohd Yusof, 37, telah menghubungi polis apabila mendapati anak mereka telah hilang. Akhirnya Hafeq Shakirin Abd Halim,12, ditemui sedang menangis oleh bapanya di dalam sebuah dewan selepas dua jam bersembunyi.
Ketika ditemui, Hafeq Shakirin berkata, selepas mendapati namanya tidak disebut dalam senarai calon yang memperoleh 5A dia nekad melarikan diri dari kawasan sekolah pada jam 1 tengah hari ketika menunggu giliran mengambil slip keputusan UPSR
“Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna menghampakan harapan ibu bapa kerana gagal memperoleh 5A.“Saya sedih kerana saya sudah melakukan yang terbaik. Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka.” katanya.- Info Terkini @ forblogger.net
Sumber : sini
*alahai dik..napa lari..kan dah susah hati mak ayah awak..lain kali jangan buat lagi ye..ni belum lagi ambik PMR or SPM*
p/s : karenah budak-budak bila tiba ambik keputusan.
Post Melekat!
assalamualaikum..
jap-jap..nak tolong promote boleh kat sini.. tadi terbaca kat Fb.. tentang sapa disini blogger..
sapa kat sini adalah blogger?? sy belum layak kut nak dipanggil begitu.. apatah lagi cerita yang banyak merapu je dalam ni..
so, kat sini sy just nak share kat semua tentang
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
click gambar tuk baca ye..
so, sapa nak promote blog2 awk semua, boleh la join.. ^_^
KUALA LUMPUR: Penghantaran pasukan Malaysian Company (Malcoy) 8 bagi meneruskan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) adalah pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pencapaian itu membuktikan ATM mampu memainkan peranan setanding dengan angkatan tentera lain dalam misi Unifil.
“Kita amat berbesar hati kerana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terus memberikan kepercayaan bagi meneruskan misi di sana,” katanya pada sidang media selepas majlis penghantaran kumpulan itu di Pangkalan Udara Subang dekat sini, semalam.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menemui anggota misi sebelum mereka berangkat ke Lubnan. Zulkifeli berkata, ia juga satu manifestasi bahawa PBB dan kerajaan Lubnan memberikan sokongan padu kepada anggota ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
“Menjadi tanggungjawab seluruh anggota MALCOY 8 untuk memastikan pengiktirafan ini terpelihara demi memartabatkan maruah Malaysia dan ATM di persada antarabangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10
#next week incik tunang pula terbang ke sana..mudah-mudahan abang selamat bertugas disana..#
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons