assalamualaikum..
pagi ni buka je blog nampak lagi segmen..segmen yang di join oleh jue jaynee.. rajin juga awk join segmen-segmen ni kan..so, sy pun nak try la..sebab segmen kali ni macam berlainan sikit..
kali ni segmen dari ruha.. first time masuk blog ni..
Pengalaman ambik lesen.
Lepas habis spm, mak cadangkan suh sy ambik lesen. memandangkan kalau nak balik kampung jauh, Ipoh ---> Johor, so abah mesti letih nak drive sensorang kan.. lagi pula mak cakap abah drive macam nak tido..ngeri je bila dengar..
so, lepas habis spm tu, xla terus ambik lesen. mula-mula ambik sijil komputer dulu.. dah selesai baru la ambik lesen..ambik lesen moto & kete terus.. first time bawak kete [kancil] rasa macam bawak kete mainan.. sangat la kelakar..macam tak caya boleh drive..hehe
yela, kete kancil kan kecik cinonet je.. so, bila dah habis sesi belajar yang berapa jam tu, maka kena la buat segala penilaian kan..fine, sume ok.. pastu pakcik yang uruskan tu cakap dah boleh test JPJ. fine..gedik2 seronok sebab tak hadap nak datang litar selalu.. :P
Pengalaman test JPJ untuk kete, bila dah sampai giliran tuk test bahagian jalan raya tu, dah confirm2 la ada sorang pegawai JPJ duk sebelah kan..masa tu hanya Allah je yang tahu apa perasaan..segala risau, cuak, happy sume dah bercampur baur..
kenangan yang akan sy ingt sampai bila-bila ialah, sy TAK TAHU RUPA PEGAWAI JPJ yang duduk kat sebelah sy!!.. haha..boleh bayangkan tak? maksudnya memang x paling ke kiri langsung tuk tengok sapa pegawai tu..hensom ke, tak hensom ke, [pegawai lelaki] muka comel ke tak, langsung tak tahu..tapi kalau ikut pada dengar suara, macam orang muda la.. dalam lingkungan awal 30tahun kut.. serius, lepas habis test tu [lulus], dia serahkan slip salinan tu pun xpandang dia.. haha..tak tahu kenapa berat sangat kepala ni..
yang pasti, masa buka pintu tu ada bagi salam..then apa yang nak dibuat, minta izin..sampai dah keluar pun, memang tak terfikir nak pandang..mungkin ada hikmahnya kan..sekurang-kurang nya tak la nanti terjumpa kat memana rasa macam kenal kut..hahaha!..tak pun orang kampung sendiri..hehehe
memang kelakar pada diri ni la..orang lain xtahu pula..adakah ini normal..hehe..tapi xde la sy ni ramah tamah beria sampai nak ajak sembang ke apa..
ok, kenangan ambik lesen moto pula, lain la kan..hehe..lepas ambik lesen kete, ambik moto pula..xyah nak cite panjang kut..sebab cerita pasal kete pun dah berjela..agak-agak ada ke yang nak baca ni..hehe..
belajar moto adalah paling malas, sebab x biasa dgn moto di litar dan kena berebut.. [selalu duduk dan tengok serta hafal segala gerak-geri kena buat]
so, belajar moto kejap je kut..xingt la pula.. lepas dah ok, boleh buat, maka nya kena la buat penilaian dulu kan..so, sumenya ok..tapi 1 perkara yang sampai sekarang sy tak boleh buat adalah TONGKAT 2 MOTO tu..sob..sob..
penilaian memang xlepas bahagian tu..dan ckgu yang jaga tu dah perhati je sy..hehe..
*sy adalah insan yang lemah* ;-)
time tuk test JPJ pun tiba..nasib la dapat no giliran 2 yang terakhir..fuhhhh, selamat ok..walaupun cuak takut pegawai Jpj perhati je nanti..haha..
ok, sume nya ok..sampai part akhir, kena TONGKAT 2 moto tu, sy xleh nak buat!!..haha..cuak ok..dah naik menggigil rasa xleh nak tongkat..rasa nak terbalik pun ada moto tu..dan penyelamat time tu, pegawai JPJ dah beredar..hehehehe..
then ckgu yang memang dah perhati sy sebelum ni bagi green light suh tolak je sampai parking..hehe..
so, kesimpulan nya, sampai harini xboleh-boleh nak tongat 2 moto..sob2..so, bawak kete je hari2..hehe..
so, tu la kisahnya saya ambik lesen.. *rasa rindu nak main-main dalam litar* ahaaks!.. ;-)
so, jom join..sambil tu boleh la cite kenangan masing-masing.. :)
Tarikh Tutup : 19 Oktober 2012
Masa : 05.00 Petang
assalamualaikum..
harini just nak share tentang NuffnangX.. mesti ramai yang dah pernah dengar kan.. Ok..bagi yang memang suka berblog, bolehlah gunakan aplikasi ni kat phone-phone awak yang serba canggih tu.. *sy xde lagi phone canggih,belum mampu* coming soon
ni nak share dari Nuffnang ye..mana tahu nanti sy dah ada phone canggih, xyah la jerit-jerit tanya kat orang macam mana nak guna.. ;-)
Mula-mula muat turun [install] NuffnangX anda secara percuma kat smartphone Apple or android anda.. Lepas tu mesti ada kuar ikon macam ni..
v
v
v
Kemudian, sila daftarkan diri anda di www.nuffnangx.com melalui komputer/laptop.. *sama je la kan*
ni tip dari nuffnang :
Tip: Jikalau anda memiliki akaun Nuffnang, anda boleh terus daftar masuk dengan e-mel dan kata laluan yang sama!
Pastu taip nama blog anda, dan sahkan seperti yang ditunjukkan di skrin dibawah ini..
Kemudian, copy paste kod yang diberi di gadget anda dibahagian loyout setting..add HTML/Java Script.. *sume pun biasa buat kan*
ha..dah selesai..so, boleh la jenguk-jenguk blog kesukaan anda.. *blog sy jangan lupa ye*.. waaahh, hebat sangat ke awak tu cik mimie?? kelipmatalajulaju
ni sy share step by step ikut dari tunjuk ajar nuffnang..insyaAllah, kalau 1 hari nanti diberi keizinan boleh la guna aplikasi ni.. :)
*sy just terangkan ikut pemahaman sy ye*
assalamualaikum..
tetiba terjumpa segmen lagi dari blog jue jaynee.. tengok segmen nya pun simple je, boleh la cuba kan..saja-saja pun..
pemilik segmen itu adalah paan.. sapa nak tahu syarat-syaratnya apa, click je kat situ ye..
*saya dah jatuh hati dengan banner yang sangat-sangat cantik camni ni*
nampak mendamaikan je..
First time join segmen ada slogan..
meh nak cuba ye.. [jgn mara ye, lari tajuk je]
" saya bangga bergelar seorang wanita yang mempunyai hati yang lembut, berjiwa sensitif dan dianugerahkan sikap penyayang dari-NYA"..
*agak-agak boleh tak slogan macam ni tuan empunya segmen?? sy memang tgh berhati sensitif ni..sob..sob..*
sy belum layak nak gelar diri sendiri blogger, sebab x hebat mcm kawan-kawan lain :(
tag? alamak..xtahu nak tag sapa..tapi nak semua kalau2 blogger yang lain join sama.. :)
Tarikh tutup : 05 November 2012..
jOm jOin sama-sama.. :)
*Sesiapa yang ada bela kucing, harap dapat luangkan masa kejap untuk baca*
assalamualaikum..
Selamat Pagi semua kawan-kawan sy yang comel dan kacak belaka.. Nampak tak tajuk kat atas tu 'Awasi Kucing-Kucing Anda!!..
Gaya macam nak bagi amaran keras je kan..
Macam ada masalah sedang berlaku..
Ok..berbalik pada tajuk kat atas tu, sy disini ingin mengingatkan kepada semua pemilik-pemilik kucing yang ada, awasi la kucing-kucing kesayangan anda.. Jangan main lepaskan sesuka hati.. ni bukan kes culik atau bunuh ye..
tapi risiko kepada kemalangan!..
Ok, paham kan? Macam ni, mereka-mereka yang tinggal kat kawasan taman, mesti juga ada bela kucing kan? Ok, fine..sy pun duduk kawasan taman dan bela kucing..ada 16ekor juga la semuanya..tapi disimpan dalam 3 kandang besar.. dan 3 ekor dalam rumah.. *sebab dorang baik* hehe
Permasalahannya disini, sy cuma nak ingatkan, jangan lepaskan kucing anda sesuka hati, lagi-lagi waktu pagi - time budak-budak nak pegi sekolah, time orang nak kuar bekerja..sangat BAHAYA!
Pagi tadi sy nyaris-nyaris nak terlanggar sekor kucing..ni bukan kes sy yang nak langgar dia okeh. Tapi dia yang nak langgar sy.. nampak tak kes tu..hehehe.. *gaya serius sangat cik mimie pagi ni..macam bagi ceramah khas*
ahaaaks!..
Punya la brek mengejut sampai terlupa tekan clutch *betul ke ejaan ni*..
last-last mati enjin tengah jalan..nasib la xde bas or kenderaan lain.. tak ke naya camtu.. selama 7tahun drive, ni la kali pertama terjadi dalam hidup..
terasa diri ni yang nak tercabut nyawa okeh! terkejut punya pasal..
Ingat tadi mati dah kucing tu..elok je dia lari bawah kete..Ya Allah..ngeri rasanya! sangat-sangat ngeri!!.. last-last nampak dia kat seberang tu.. kalau kucing awak mati, tolong jangan salahkan pemandu semata-mata ye.. kat dalam kes macam ni, sy tak salahnya kucing tu..sebab dia memang tak tahu apa-apa..
tuannya yang harus disalahkan..sebab tidak prihatin..
Kalau tinggal kat kawasan kampung, mungkin selamat juga..tapi tidak la selamat 100% kalau kita biarkan juga..tapi kalau kawasan taman, memang agak berbahaya juga.. sebab kereta banyak..pagi-pagi bas sekolah keluar masuk..
harap-harap, sesiapa yang ada kucing tu, berhati-hati la ye..nak lepaskan boleh..mungkin time jalan tak sibuk..sy kalau lepaskan pun dalam rumah sekejap, then tutup pintu cermin..
kalau rasa-rasanya kucing awak tu memang awak sayang, pantau la pergerakkan nya ye..hehe.. *dah macam kes culik je bunyi nya*
sy bukan la berniat nak mara ke apa..tak de pun..tapi berniat nak mengingatkan je.. sebab sekarang jalan walaupun dikawasan perumahan makin sibuk.. lagi-lagi kalau ada sekolah.. tadi pun kesnya sy baru balik dari hantar adik sekolah..
ambik lah iktibar dari apa yang nak terjadi kat saya pagi ni ye..dan sampai sekarang ni pun, saya menaip entry ni, bila diingatkan balik, rasa macam ngeri je..sangat-sangat!..rasa takut.. kecut perut rasanya..
so, beringatlah sebelum terjadi ye.. :)
sekian ceramah kucing untuk pagi ini.. :)
*google*
Post Melekat!
assalamualaikum..
jap-jap..nak tolong promote boleh kat sini.. tadi terbaca kat Fb.. tentang sapa disini blogger..
sapa kat sini adalah blogger?? sy belum layak kut nak dipanggil begitu.. apatah lagi cerita yang banyak merapu je dalam ni..
so, kat sini sy just nak share kat semua tentang
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
click gambar tuk baca ye..
so, sapa nak promote blog2 awk semua, boleh la join.. ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons